Ahad, 7 September 2008

Islam agama Ilmu.

Membaca adalah asas dalam percambahan ilmu, sebagaimana isyarat yang telah ditunjukkan oleh Allah Rabbal-'Alamiin. Sebelum perintah ibadat yang lain disyari'atkan lagi. Firman-Nya :

"Bacalah dengan nama (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan Qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".


Petunjuk ini membawa maksud bahawa Islam adalah agama ilmu. Islam juga merupakan agama penyelidikan dan kajian. Serta agama penulisan. Kegiatan ilmiah sahajalah yang dapat membawa manusia melangkah dari setapak ke setapak yang lebih baik dan menghampiri Hidayat Allah Ta'ala.

Namun, syarat terpenting bagi ketepatan matlamat penggiatan ilmu ini supaya sampai kepada hakikat yang dikehendaki Allah Subhanahu wata'ala hendaklah tidak boleh lepas atau tersasar dari SATU MATLAMAT utama, iaitu bertujuan untuk MENCARI REDHA ILAHI dengan menggunakan INSTRUMEN yang disediakan Allah Ta'ala jua (al-Qur'an dan as-Sunnah).

Oleh itu, jika anda sedia untuk hidup dengan operasional yang betul, anda hanya perlu merujukkan akli, rohani dan jasmani anda kepada premis yang TEPAT. Kajilah Islam, nescaya anda akan dapati KEBENARANNYA.

Tetapi jika anda ingkar mematuhi "manual" dari Allah Ta'ala dalam melaksanakan modus operandi anda, bersedialah untuk "MALFUNCTION".

Pilihan di tangan anda, Islam bukan agama paksaan, tapi jangan kebenaran Islam, cuba ditutup-tutupi, kerana ummatnya yang tahu manisnya Islam, tidak rela dan tidak redha kebenaran Islam disongsang terbalikkan.

Kerana itulah, ana berseru kepada setiap Muslim, berilmulah, pelajarilah ilmu, dahulukanlah ilmu Agama Islam, lalu digabungkan dengan ilmu duniawi. maka, berilmulah wahai saudaraku.

Tiada ulasan: