Sabtu, 3 Oktober 2009

Sifat-sifat Guru secara Ringkas


Dalam membincangkan sisfat-sifat yang perlu ada pada seorang guru ugama/ustaz, ana melihat bahawa tajuk ini perlu di besarkan sedikit skopnya, bukan semata-mata ditujukan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran ugama sahaja, tetapi mencakupi kesemua pendidik dan tenaga pengajar yang beragama Islam. Jadi, untuk itu ana akan bawakan beberapa pandangan ilmuan Islam tentang tajuk ini :

Menurut Ulwan Abdullah Nasih(1981), dalam Tarbiyyah al-Aulad Fil Islam Juzu’ 1, beliau mencadangkan beberapa sifat asasi yang perlu ada pada pendidikan supaya pendidikannya lebih berkesan dan dapat diterima oleh anak didiknya, antaranya ialah :

1. Bersifat Ikhlas.

Sebagaimana pernah disebutkan oleh ‘Ulama :

على المربي أن يحرر نيته، ويخلص الله في كل عمل تربوي يقوم به سواء اكان هذا العمل امرا او نهيا او نصحا او ملاحظة او عقوبة...

Maksudnya :

“Seorang pendidik wajib membersihkan niatnya dan bersifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidik yang dilakukannya, sama ada amalan itu merupakan perintah, larangan, nasihat, perhatian, dan hukuman.”

2. Bertaqwa.

Satu lagi sifat yang perlu ada bagi seorang guru ialah, taqwa kepada Allah. Ini dapat diperhatikan dengan kata ‘ulama ini :

اتقاء عذاب الله بصالح العمل، والحشية منه في السر والعلن

Bermaksud :

“Taqwa (membimbangkan) seksa Allah dalam mengerjakan amalan baik dan takut kepadaNya secara rahsia dan terang-terangan.”

Setiap pendidik /guru adalah lebih utama dituntut/diwajibkan untuk bersifat dengan sifat taqwa terhadap setiap perintah dan petunju Allah, kerana mereka akan menjadi ikutan kepada anak-anak didik mereka. Jika sang guru melakukan kesalahan dengan senghaja dan diikuti pula kesalahan itu oleh muridnya, maka sang guru tadi akan mendapat dosa sebanyak doa murid-murid yang mengikutnya serta dosa sesiapa sahaja yang mengikutnya.

3. Berilmu pengetahuan.

Guru/pendidik perlu seorang yang benar-benar ‘alim dalam ilmu khusus yang diajarkannya serta menguasai secara asas pada ilmu-ilmu lain. Namun lebih utama untuk mereka mengenali dasar-dasar di dalam syariat Islam serta mengetahui halal-haram. Mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip akhlak. Semuanya disandarkan dari sumber al-Qur’an, as-Sunnah dan juga tauladan dari para sahabat dan tabi’iin.

4. Pemaaf.

Sifat yang penting dan berkuasa pada guru dalam menarik kepercayaan pelajar, membantu kejayaan pendidik dalam melaksanakan tugas pembentukan dan pembaikan anak-anak ialah sifat sederhana dan pemaaf. Malah dengannya dapat membentuk anak-anak dengan adap terpuji dan meninggalkan sifat terkeji.

5. Bertanggungjawab.

Sedar diri terhadap tanggungjawab besar para pendidik dalam mendidik anak-anak didik, dalam soal keimanan dan kelakuan, membentuk perkembangan jasmaniah dan ruhaniah serta melengkapkan dengan kekuatan akliah dan social mereka. Perasaan bertanggungjawab beginilah yang perlu ada pada diri setiap pendidik. Jika sang guru lalai walaupun sedikit, tidak mustahil anak-ana didiknya akan tergelincir kepada akhlak yang rosak, pada ketika itu akan sukarlah bagi mana-mana pendidik untuk memperbaiki dan membetulkan mereka.

Ada banyak lagi sifat-sifat penting yang perlu ada pada seorang guru itu. Namun semuanya bertolak pada satu sifat, iaitu ikhlas kerana Allah yang mencambahkan rasa khauf (takut) pada azab Allah dan rasa raja’ (harap) pada keridhaan Allah jua. Antaranya :

Menurut Imam Ghazali :

1. Bersimpati pada anak didik dan menganggap mereka sebagai anak sendiri.

2. Mengikut akhlak dan sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan bukan mengharapkan upah.

3. Tidak menasihati/menyuruh/mengajar anak didik sesuatu yang guru itu sendiri tidak terlatih dna berpengetahuan padanya.

4. Menasihati muridnya meninggalkan kelakua buruk secara lemah lembut bukan dengan marah dan kekerasan.

5. Tidak merendah-rendahkan ilu-ilmu yang lain selain dari ilmu yang diajarkannya.

6. Hadkan pengajaran/pembelajaran sesuai tahap urid dan tidak memaksa mereka melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka.

7. Menyediakan bahan pengajaran (isi pelajaran) yang sesuai tahap perkembangan murid khususnya murid yang kurang pintar, mudah difahami dan jelas.

Inilah antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru/pendidik Islam itu. Namun sejauh mana kita bersikap dengannya, kita muhasabahlah diri kita sendiri. Namun, terdapat banyak lagi sifat-sifat yang lain perlu diperhatikan oleh para guru dalam menanai tugasnya dan melaksanakan peranannya. Seperti sifat beramal dengan ilmunya, amanah, menyimpan rahsia muridnya, menolong murid menyelesaikan berbagai masalah mereka, menerima cadangan, komentar atau pandangan murid, tegas tetapi bukan garang dan sebagainya lagi.

Wallahua’lam.