Khamis, 25 September 2008

SYAWAL AKAN BERMAKNA JIKA DISAMBUT MENGIKUT KAIFIYYATNYA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Kaifa halukum? Ana harap antum sehat sepanjang menjalani ibadah puasa yang penuh rahmat dan pengampunan Allah Ta'ala ini, sama-samalah ambil PELUANG yang sudah diSEDIAkan-Nya.

Tinggal beberapa hari sj lagi nahnu akan berpisah lg dengan RAMADHAN. Adui.. Mudah-mudahan dapat berjumpalah nahnu lg dengannya. Ana ni bukan apa, bila bercakap tentang penghujung Ramadhan ni, ana kadang-kadang sedih juga melihat, fenomena MUSLIMIN sekarang ini, yang bersemangat menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanpa terasa pilu melepaskan Ramadhan.

Tapi tidak apalah, manusia ni berbeza-beza. Memang sepatutnya, 'budak-budak' gembira bila datangnya Syawal. Sebab inilah antara DUA hari raya khas di anugerahkan Allah Ta'ala pd nahnu min ummatir- Rasulillahi Sallallahu'alaihiwasalam. Jadi nahnu ambillah peluang BERSYUKUR dengan pemberian ini.

Cuma kadang-kadang ana merasa CUUUUKKKUUUUUPPP hampa dan kecewa (ini hak ana, antum janganlah marah), apabila kaifiyyat menyambut Syawal dan melepaskan Ramadhan seolah-olah jauh dari PENGHARAPAN (raja') terhadap Rahmat, Maghfirah, Syukur dan Sillatur-Rahim yang sebenar-benar di Redhai Allah Ta'ala.
Baiklah, antara perkara yang menyedihkan ana ialah, apabila :

  1. HAKIKAT SYAWAL : Syawal lebih ditunggu-tunggu berbanding Ramadhan, sehingga ada yang merasa Ramadhan ini seperti satu bulan yang cukup BERAT dan memBEBANkan. Astaghfirullah, bukankah Syawal itu hanyalah sebagai balasan nikmat dari Allah Ta'ala bagi Sa'im (orang berpuasa) pada bulan Ramadhan. Ertinya, tanpa Ramdhan, Syawal pun tidak akan wujud. LEBIH DAHSYAT APABILA : Orang-orang yang menganggap Ramadhan itu tidak wujud dalam kamus hidup mereka, yang ada hanyalah Hari Raya (mereka adalah orang yang engkar dari berpuasa dan engkar dari mengerjakan ibadat lain).
  2. SAMBUTAN SYAWAL : Suasana Syawal begitu meriah, sedangkan Ramadhan disambut dalam suasana yang suram, sedangkan pada zaman Kerajaan bani Umaiyyah, ummat Islam mula menyemarakkan malam- malam Ramadhan dengan memasang lampu yang menerangi rumah-rumah dan masjid-masjid. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang menyambut Valentine's Day dan hari- hari perayaan lain dengan sambutan yang berganda-ganda meriahnya.
  3. BERSEDEKAH : Rumah-rumah terbuka (bersedekah makanan) menjadi kebiasaan (memang perkara baik), tetapi sesetengah orang mengadakan rumah terbuka hanya pada bulan Syawal, sedangkan bersedekah pada bulan Ramadhan lebih afdhal berbanding Syawal. Ana harap jika antum berniat hendak mengadakan rumah terbuka, lebihkanlah pada bulan Ramadhan dan lebihkanlah memberi makan pada golongan Fuqara'i wal-Yatama'i wal-Masakiin. LEBIH DAHSYAT APABILA: Tidak kenal Fuqara'i al-Yatama'i wal-Masakin.
  4. ZIARAH : Ketika berkunjung kerumah sanak saudara dan kawan-kawan nahnu jagalah adab-adabnya. Jangan pula nanti kehadiran nahnu menjadi punca timbul dosa dan menyusahkan tuan rumah. Datang untuk mengumpat hal orang, mencari aib dan kekurangan tuan rumah, duduk terlalu lama di rumah orang, hingga menghalang orang lain berkunjung, datang berkunjung membawa satu 'platoon' habis seluruh kaum kerabat ikut serta, datang berkunjung ketika lewat malam atau balik lewat malam dan sebagainya. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang keluar selepas subuh untuk berhari raya dan balik sebelum subuh esoknya, kerana menghadiri jemputan-jemputan maksiat dibulan Syawal.
  5. PAKAIAN : Pakaian hendaklah menutup aurat. Apa yang ana perhatikan, ramai kaum Muslimah yang mengambil kesempatan untuk 'open-roof'' ketika menyambut aidilfitri. Astaghfirullah, membuka aurat bukankah sudah dikira haram. Tidak cukup dengan itu, malahan rambut turut diwarnakan, kerana meniru warna rambut orang asing. Malahan lebaran yang sepatutnya mengajar erti kesederhanaan, tidak di ambil endah, pembaziran pada bulan Syawal memang cukup KETARA terutama ketika membeli pakaian. Islam agama indah, berpakaian cantik memang digalakkan, tetapi janganlah nahnu jadi golongan yang melampaui batas & membazir. LEBIH DAHSYAT APABILA : ada Muslimah yang sanggup menyediakan pakaian yang tiada unsur 'PAKAIAN' (kdg-kdg ana lihat, baju-baju pada zaman ini semakin mengecil dan kekurangan kain. Tuala mandi ana lebih besar dari pakaian yang dijual) tetapi dijual dengan harga sebiji Nokia N95 semata-mata dengan niat untuk memancing pandangan batin lelaki.
  6. BUKAN MUHRIM : Berjalan untuk berhari raya dengan yang bukan muhrim, lagi satu trend haram yang cukup popular dikalangan muda-mudi Islam. Belum nikah, tapi sudah intim mengalahkan orang yang sudah kahwin. Allahuakbar, inilah ummat akhir zaman. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang sudah mempunyai 3/4/5 atau lebih pasangan yang belum dinikahi untuk dibawa berhari raya secara 'RANDOM'
  7. JUADAH : Penyediaan juadah turut mengundang PEMBAZIRAN, niat untuk beramal dengan cara memberi makan Dhif-Dhif bertukar menjadi acara BALAS DENDAM setelah berpuasa sebulan & acara HIDUP utk MAKAN. Tanpa menimbangkan faktor kesihatan, faktor kewangan dan sebagainya. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang menghidangkan benda-benda haram ketika Lebaran.
  8. SOLAT: Ketika bulan Ramadhan berlumba-lumba menunaikan ibadat siang dn malam. Tetapi apabila Syawal menjelang, dengan kesibukan urusan kunjung-mengunjung, menjadikan segelintir Muslim yang kurang memerhatikan perlakanaan ibadat. Solat pun ditunaikan pada akhir waktu. Malah, ada yang sampai tidak menunaikan sembahyang kerana berbagai alasan (kerana tidak sempat, kerana tiada tempat dll). LEBIH DAHSYAT APABILA : Sengaja tidak bersolat bukan sahaja dalam Syawal atau Ramadhan, malah pada sepanjang tahun.
  9. AL-QUR'AN : Bulan Ramadhan ramai orang datang bertadarrus al-Qur'an ke Masjid, tapi bila Syawal menjelang aktiviti tadarrus ditukar kepada aktiviti nyanyian. Tadarrus al-Qur'an hanya akan dibuka pada Ramadhan tahun berikutnya. LEBIH DAHSYAT LAGI : Apabila ada orang yang sekalipun pada bulan Ramadhan, tetap melakukan aktiviti nyanyian , tarian, sound system dll.

Tiada ulasan: