Khamis, 25 September 2008

SYAWAL AKAN BERMAKNA JIKA DISAMBUT MENGIKUT KAIFIYYATNYA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Kaifa halukum? Ana harap antum sehat sepanjang menjalani ibadah puasa yang penuh rahmat dan pengampunan Allah Ta'ala ini, sama-samalah ambil PELUANG yang sudah diSEDIAkan-Nya.

Tinggal beberapa hari sj lagi nahnu akan berpisah lg dengan RAMADHAN. Adui.. Mudah-mudahan dapat berjumpalah nahnu lg dengannya. Ana ni bukan apa, bila bercakap tentang penghujung Ramadhan ni, ana kadang-kadang sedih juga melihat, fenomena MUSLIMIN sekarang ini, yang bersemangat menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanpa terasa pilu melepaskan Ramadhan.

Tapi tidak apalah, manusia ni berbeza-beza. Memang sepatutnya, 'budak-budak' gembira bila datangnya Syawal. Sebab inilah antara DUA hari raya khas di anugerahkan Allah Ta'ala pd nahnu min ummatir- Rasulillahi Sallallahu'alaihiwasalam. Jadi nahnu ambillah peluang BERSYUKUR dengan pemberian ini.

Cuma kadang-kadang ana merasa CUUUUKKKUUUUUPPP hampa dan kecewa (ini hak ana, antum janganlah marah), apabila kaifiyyat menyambut Syawal dan melepaskan Ramadhan seolah-olah jauh dari PENGHARAPAN (raja') terhadap Rahmat, Maghfirah, Syukur dan Sillatur-Rahim yang sebenar-benar di Redhai Allah Ta'ala.
Baiklah, antara perkara yang menyedihkan ana ialah, apabila :

  1. HAKIKAT SYAWAL : Syawal lebih ditunggu-tunggu berbanding Ramadhan, sehingga ada yang merasa Ramadhan ini seperti satu bulan yang cukup BERAT dan memBEBANkan. Astaghfirullah, bukankah Syawal itu hanyalah sebagai balasan nikmat dari Allah Ta'ala bagi Sa'im (orang berpuasa) pada bulan Ramadhan. Ertinya, tanpa Ramdhan, Syawal pun tidak akan wujud. LEBIH DAHSYAT APABILA : Orang-orang yang menganggap Ramadhan itu tidak wujud dalam kamus hidup mereka, yang ada hanyalah Hari Raya (mereka adalah orang yang engkar dari berpuasa dan engkar dari mengerjakan ibadat lain).
  2. SAMBUTAN SYAWAL : Suasana Syawal begitu meriah, sedangkan Ramadhan disambut dalam suasana yang suram, sedangkan pada zaman Kerajaan bani Umaiyyah, ummat Islam mula menyemarakkan malam- malam Ramadhan dengan memasang lampu yang menerangi rumah-rumah dan masjid-masjid. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang menyambut Valentine's Day dan hari- hari perayaan lain dengan sambutan yang berganda-ganda meriahnya.
  3. BERSEDEKAH : Rumah-rumah terbuka (bersedekah makanan) menjadi kebiasaan (memang perkara baik), tetapi sesetengah orang mengadakan rumah terbuka hanya pada bulan Syawal, sedangkan bersedekah pada bulan Ramadhan lebih afdhal berbanding Syawal. Ana harap jika antum berniat hendak mengadakan rumah terbuka, lebihkanlah pada bulan Ramadhan dan lebihkanlah memberi makan pada golongan Fuqara'i wal-Yatama'i wal-Masakiin. LEBIH DAHSYAT APABILA: Tidak kenal Fuqara'i al-Yatama'i wal-Masakin.
  4. ZIARAH : Ketika berkunjung kerumah sanak saudara dan kawan-kawan nahnu jagalah adab-adabnya. Jangan pula nanti kehadiran nahnu menjadi punca timbul dosa dan menyusahkan tuan rumah. Datang untuk mengumpat hal orang, mencari aib dan kekurangan tuan rumah, duduk terlalu lama di rumah orang, hingga menghalang orang lain berkunjung, datang berkunjung membawa satu 'platoon' habis seluruh kaum kerabat ikut serta, datang berkunjung ketika lewat malam atau balik lewat malam dan sebagainya. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang keluar selepas subuh untuk berhari raya dan balik sebelum subuh esoknya, kerana menghadiri jemputan-jemputan maksiat dibulan Syawal.
  5. PAKAIAN : Pakaian hendaklah menutup aurat. Apa yang ana perhatikan, ramai kaum Muslimah yang mengambil kesempatan untuk 'open-roof'' ketika menyambut aidilfitri. Astaghfirullah, membuka aurat bukankah sudah dikira haram. Tidak cukup dengan itu, malahan rambut turut diwarnakan, kerana meniru warna rambut orang asing. Malahan lebaran yang sepatutnya mengajar erti kesederhanaan, tidak di ambil endah, pembaziran pada bulan Syawal memang cukup KETARA terutama ketika membeli pakaian. Islam agama indah, berpakaian cantik memang digalakkan, tetapi janganlah nahnu jadi golongan yang melampaui batas & membazir. LEBIH DAHSYAT APABILA : ada Muslimah yang sanggup menyediakan pakaian yang tiada unsur 'PAKAIAN' (kdg-kdg ana lihat, baju-baju pada zaman ini semakin mengecil dan kekurangan kain. Tuala mandi ana lebih besar dari pakaian yang dijual) tetapi dijual dengan harga sebiji Nokia N95 semata-mata dengan niat untuk memancing pandangan batin lelaki.
  6. BUKAN MUHRIM : Berjalan untuk berhari raya dengan yang bukan muhrim, lagi satu trend haram yang cukup popular dikalangan muda-mudi Islam. Belum nikah, tapi sudah intim mengalahkan orang yang sudah kahwin. Allahuakbar, inilah ummat akhir zaman. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang sudah mempunyai 3/4/5 atau lebih pasangan yang belum dinikahi untuk dibawa berhari raya secara 'RANDOM'
  7. JUADAH : Penyediaan juadah turut mengundang PEMBAZIRAN, niat untuk beramal dengan cara memberi makan Dhif-Dhif bertukar menjadi acara BALAS DENDAM setelah berpuasa sebulan & acara HIDUP utk MAKAN. Tanpa menimbangkan faktor kesihatan, faktor kewangan dan sebagainya. LEBIH DAHSYAT APABILA : Ada orang yang menghidangkan benda-benda haram ketika Lebaran.
  8. SOLAT: Ketika bulan Ramadhan berlumba-lumba menunaikan ibadat siang dn malam. Tetapi apabila Syawal menjelang, dengan kesibukan urusan kunjung-mengunjung, menjadikan segelintir Muslim yang kurang memerhatikan perlakanaan ibadat. Solat pun ditunaikan pada akhir waktu. Malah, ada yang sampai tidak menunaikan sembahyang kerana berbagai alasan (kerana tidak sempat, kerana tiada tempat dll). LEBIH DAHSYAT APABILA : Sengaja tidak bersolat bukan sahaja dalam Syawal atau Ramadhan, malah pada sepanjang tahun.
  9. AL-QUR'AN : Bulan Ramadhan ramai orang datang bertadarrus al-Qur'an ke Masjid, tapi bila Syawal menjelang aktiviti tadarrus ditukar kepada aktiviti nyanyian. Tadarrus al-Qur'an hanya akan dibuka pada Ramadhan tahun berikutnya. LEBIH DAHSYAT LAGI : Apabila ada orang yang sekalipun pada bulan Ramadhan, tetap melakukan aktiviti nyanyian , tarian, sound system dll.

Jumaat, 19 September 2008

ليـــلة القدر


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kaifa halukum? alhamdulillah, sekarang nahnu dah berpuasa selama 18 hari. Tidak lama lagi, masuk 10 hari/malam terakhir Ramadhan. Tadi, khutbah Juma'at, khatib ada sentuh tentang lailatul-Qadr. Rasa-rasanya, umur dah melebihi suku abad (lebih 25 tahun) ni, entah nahnu ni ada peluang atau tidak terkena cun-cun pada malam al-Qadr?

Wallahua'lam.. Tapi apa yang penting, Istiqamah dalam ibadat. Penerimaan Allah Ta'ala jua yang nahnu harap-harapkan. Ana nak cerita sikit, pada malam Nuzulul-qur'an yang lalu, sampailah giliran ana menjadi Imam tarawih di surau Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Alhamdulillah ana sudah menjalankan amanah. Sebenarnya ana memang berminat nak jadi Imam solat ni, cuma ana ni jauh dari KUPUSB, jadi susahlah sikit. Tapi ana baru dapat jadual mengimam di masjid Lumut, alhamdulullah.

Nahnu cerita balik pada 10 malam terakhir Ramadhan, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Pada malam yang mulia ini, para malaikat akan lebih banyak turun ke dunia dikarenakan melimpahnya berkah pada malam tersebut, karena malaikat akan turun seiring turunnya berkah, yaitu keselamatan (yang ditebarkan) hingga terbitnya fajar, seluruh kebaikan terkandung dalam malam tersebut, tidak ada keburukan hingga terbitnya fajar. Pada malam ini, segala urusan yang penuh hikmah dirinci, maksudnya segala kejadian selama setahun ke depan ditentukan dengan izin Allah yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana. Penentuan takdir pada malam tersebut adalah penentuan takdir tahunan, adapun penentuan takdir secara umum yang tercantum dalam Lauhul Mahfuzh, maka hal tersebut telah tercatat sejak 50.000 tahun sebelum langit dan bumi diciptakan sebagaimana yang tertera dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Bukhari dalam Al Adab dan Tirmidzi dalam Sunan-nya meriwayatkan hadits dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, dirinya berkata:

Seseorang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah! doa apakah yang paling afdhol?” Maka beliau menjawab, “Mintalah kepada Allah pengampunan dan perlindungan di dunia dan akhirat!”, Kemudian orang tersebut kembali mendatangi beliau pada esok harinya dan bertanya, “Wahai nabi Allah! Doa manakah yang paling afdhol?” Maka beliau berkata, “Mintalah kepada Allah pengampunan dan perlindungan di dunia dan akhirat, karena apabila engkau diberi pengampunan dan perlindungan di dunia dan akhirat, maka sungguh engkau telah beruntung.” (HR. Bukhari dalam Al Adabul Mufrad no. 637, Tirmidzi no. 3512 dan dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahihul Adab no. 495)



Jumaat, 12 September 2008



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum. Hari ini, kereta ana bermasalah. Bateri flat (subaru), enjin tidak dapat start (picanto) & vaulting aircond putus (soluna). Masha allah, ujian Allah kepada hambanya. Tapi alhamdulillah, pagi tadi, ana dan akhi berjaya selesaikan. Cuma, picanto sj yang ana, tidak tahu apa masalahnya. InsyaAllah besok ana selesaikanlah.

Hari ni, posa ke10. Alhamdulillah, dipanjangkan Allah umuruna. walau bagaimanapun, ghairahnya nahnu, mencari keredhaan Allah Ta'ala melalui حبل من الله ini, tapi nahnu jangan lupa terhadap zakat fitrah dan memperbanyakkan sedekah serta silatur-rahim antara kerabat nahnu حبل من الناس .

Bagi akhi-akhi yang jauh diperantauan negeri orang samada yang belajar atau bekerja, jangan lupa hubungilah usratukum pada bulan puasa ni. Janganlah sampai menunggu hari raya, baru nahnu hendak kontek hum. Masa nilah nahnu digalakkan menggembirakan hati hum, especially ayahnda dan bonda nahnu.

Bagi zumala'i yang sudah tazawwaj tu, kesibukan dengan isteri/suami dan anak-anak, harap-haraplah tidak menjadi jurang kepada mahabbah antum dengan ayah dan bonda antum. Kadang-kadang ini satu tabi'at nahnu, bila ada komitmen lain, tinggallah ayah dan bonda dari senarai "komitmen harian" nahnu. Habis-habis pun, ayah dan bonda, menjadi "komitmen mingguan atau bulanan".

Ana ni bukan apa, ana kasihan bila ana tengok segelintir sahibi yang selepas berumahtangga, mulalah terabai kan orang tua yang selama ini menjadi tempat hum bergantung. Tapi setelah berjaya membangun usrah sendiri, terkeluarlah ayah dan bonda dari senarai orang yang hum nafkahi.

Jika, ada antara akh-akhi yang "terbuat" perangai ini, eloknyalah sempena bulan Ramadan Karim ini, antum mulakan semula menjalin mahabbah dengan ayah dan bonda antum dan senaraikanlah mereka menjadi tanggungan yang antum nafkahi untuk sepanjang hayat mereka.

Selasa, 9 September 2008

إن مع العسر يسرا


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Puasa hari ke-8, ana sedikit letih, al-maklumlah semalam ana akhir tido, Khalastu bit-tarawih, ana terus buat kerja sikit. Wlw apa pun, pengajian mesti diteruskan. Btw, hari ini ana selamat berbincang dengan unit kerohanian, tentang jadual ana meng'imam' tarawih, supaya ditukar pada hari rabu 17 september (malam nuzul-al-Qur'an) sebab besoknya cuti,. Senanglah ana balik kampung ayah bonda di tutong lepas tarawih nanti, Insyallah. Kerana jika esok hari kuliah, ana pasti akan terus balik lumut.

Al-maklumlah, rumah ana dilumut ni kan jauh. Memang ada sedikit problem, untuk ana datang malam yang besoknya ada kuliah. Takut, ana tidak cukup tidor untuk perkuliahan besoknya. sebab itu ana, gembira bila tahu, yang ana kena appoint meng'imam' dikawasan K.B. Memang tidak menjadi masalah, ana sedia berkhidmat. Ehehe..

Thaib, khalas dengan masalah, btw, just to share dengan antum. Ana hari ini, tidak kena reject oleh Dr. Ali lagi. Alhamdulillah.. Apa yang menaikkan motivasi ana, barulah ana faham, kenapa ana dah 2x kena reject. Tapi sebab-sebanya, tidak payahlah ana kongsi disini, dikhuatiri menjadi riya' . wal-ya'uzubillah.


Apa yang penting, ana gembira ana bertemu dengan semua barisan pensyarah ana dari awal lagi. Semuanya memang 'ulamak wirathatul-'anbiyya'. Ini yang membuatkan ana semakin bersemangat hendak mengikut jejak langkah mereka.. Amin ya Allah Amin.. Syukran ayuhal-asatizah.


Isnin, 8 September 2008

Alam bukan untuk di monopoli tapi untuk dikongsi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Alam

Pernahkah awda meluangkan masa sejenak untuk meneliti alangkah indahnya dunia ini? Pernahkan awda memikirkan apakah rahsia yang terkandung disebalik kewujudannya? Apakah ada lagi alam lain selain alam yang dapat kita lihat dan kesan dengan pancaindera kita? Adakah dunia yang kita saksikan hari ini sama dengan keadaannya 10,000 tahun yang lalu atau berubah- ubahkah ia? Dan adakah dunia ini sentiasa mengalami perubahan dari masa ke masa? Jika ya, apakah pula perubahan keadaannya nanti pada ratusan ribu tahun mendatang? Bagaimanakah pula perubahan yang akan di alaminya nanti?


Dan adakah dunia ini mempunyai titik permulaan kewujudannya? Dan bagaimana pula dipenghujungnya nanti, adakah ianya akan berakhir? Siapakah yang berkuasa dan berkemampuan melakukan tugas mencipta, mengatur, mengurus, memperindahkan, melakukan perubahan demi perubahan dan akhirnya memusnahkannya nanti? Semua soalan- soalan ini masih menjadi rahsia dan menjadi persoalan- persoalaan yang mempunyai jawapan yang bersifat relatif semata- mata bagi ahli- ahli intelektual yang hanya meletakkan “kayu ukur”nya berdasarkan kemampuan akal, indera, alat- alat ciptaan yang konon- kononnya canggih itu sahaja.

Tetapi berbeza pula dengan ahli intelektual, malah orang- orang awam yang beragama Islam. Semua jawapan- jawapan kepada soalan- soalan tersebut telahpun disediakan. Dan jawapan- jawapannya pula, bersifat i’jaz (tidak lg perlu dipertikaikan dan dipersoalkan ketepatannya) serta bersifat Qati’ie. Kenapa?

Kerana menurut saya, dalam kita mencari jawapan tentang persoalan- persoalan, masalah, pertanyaan, panduan, fungsi, pengendalian, kegunaan, faedah, mudharat yang boleh berlaku, peraturan yang mesti dipatuhi dan banyak lagi persoalaan terhadap alam yang berbentuk ciptaan ini, tiada siapa dapat menjawabnya, kecuali kembali kepada PENCIPTA produk alam itu sendiri. Dan perlu kita ketahui alam ini made by who?

Jadi, tidak hairanlah jika sekiranya, kita perhatikan kenapa kebanyakan penganut agama Islam, seolah- olah tidak berminat melakukan usaha kajian dan penyelidikan terhadap jawapan terbaik terhadap soalan- soalan berkenaan dengan alam ini, berbanding dengan penganut agama lain yang lebih ghairah, dan lebih- lebih lagi golongan yang tiada agama. Kerana jawapannya telah lama ada dalam Islam.

Ianya telah pun disampaikan dari seorang ‘jurucakap’ khas yang dilantik oleh Pencipta alam ini kepada manusia kira- kira 1400 tahun yang lalu. Berupa pernyataan- pernyataan yang digarap dengan mengutamakan kepentingan “keupayaan kefahaman manusia” sebagai ciri utamanya. Atas sebab keupayaan akal manusia tidak berbentuk infinite ablitiy, tetapi hanyalah keupayaan yang terhad.

Jadi menurut Islam, komitmen antara manusia dengan alam hanyalah dengan menjadikan alam sebagai “kegunaan” manusia dan sebagai pelaburan bagi genarasi manusia akan datang. Usaha murni yang dibuat, sekadar mencari kesempatan atau peluang untuk berbudi pada alam ini sahaja untuk kepentingan manusia jua. Atau dalam erti kata lain, alam menurut Islam adalah ‘Mazra’ (kebun). Kebun untuk bercucuk tanam, berupa amalan- amalan yang mana hasilnya akan dituai di akhirat nanti.

Firman Allah di dalam surah al- Jum’at : 10 bermaksud
“Maka apabila telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu bertebaran di muka bumi ini dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak- banyaknya, mudahan kamu beroleh kemenangan.”

Jadi menurut saya, adalah malang dan ketinggalan bagi golongan yang berusaha mencari jawapan hakikat alam, dengan mengenepikan daripada merujuk kepada “manual book for the creations” (iaitu al-Qur’an al-Karim) yang telah diturunkan oleh The Creator sebagai manual (of how to understand, to deal with the creations and how to interact with the Creator). Sebab itulah, berlakunya kesalahfahaman dan kegagalan teori yang dikeluarkan oleh golongan- golongan tersebut. Terdapat fahaman yang mengatakan alam ini terbentuk daripada gen yang kecil seperi atom ( fahaman atomisme ). Begitu juga fahaman salah yang mengatakan alam terbentuk secara evolusi. Alam terbentuk secara natural dan sebagainya.

Tetapi sejak perisitwa penemuan Professor Hubble terhadap peristiwa big bang, barulah ahli intelek anti-Islam belajar menerima hakikat alam menurut premis Islam. Tetapi itupun khusus kepada satu persoalan sahaja. Iaitu persoalan tentang permulaan dan pengakhiran alam sahaja. Sedangkan teori mereka yang lain, masih liar dan jauh dari hakikat yang telah dicanang oleh Islam beribu tahun yang lampau.

Inilah kesilapan mereka yang berkesudahab dengan lebih banyak lagi kesilapan teori- teori yang lain semakin berleluasa. Dan akhirnya, tindakan mereka menjadi tidak terpandu. Pemerkosaan terhadap alam dilakukan sewenang- wenangnya. Dan mengikut lojik fizik pun, apabila manual sudah tidak dipatuhi, kesannya boleh mengakibatkan berlakunya system error dan malfunctioning.

Pelajarilah ilmu Alam dengan cara Islam. Pelajarilah ilmu Ekonomi dengan cara Islam. Pelajarilah ilmu Sains dengan cara Islam. Kerana Islam adalah induk, kepada ilmu- ilmu yang lain. Kendalikanlah alam ini menurut garispandu Islam.

Hari ke 7 puasa di Brunei


Assalamu'alaikum. Pagi : sahur jam 4.00, terus menyiapkan wajibul-manzili. Macam biasa ana tidak tidor sampai lah ana bertolak ke Kolej Universiti. Kadang-kadang ana terasa letih, maklumlah, memandu lebih daripada 80 km bertolak + 80 km balik = 160 km setiap hari. Semangat bekobar-kobar untuk menuntut ilmu, tapi fizikal ana yang terasa sakit-sakit. Hari-hari lah ana amalkan panadol extend untuk relief sakit muscle and joint.

Tapi ana frust sikit hari ini, pasal ana ada temujanji dengan B-mobile Belait Branch, tapi ana terpaksa cancel, sebab ana cuba-cuba queue untuk tasmik ma'a Dr. Ali. Ana pun tunggulah hampir 2 jam, tau-tau ana kena reject. Ini dah 2x ana kena reject. Adui, sabar sajalah. Lagipun, Dr. Ali ada mentioned yang dia mahu ana memberi kesempatan Zumala'i didulukan. Adapun sebab-sebabnya ana sendiri tidak tahu. Cuma apa yang ana hairan bin ajaib, kes ini hanya ana sahaja yang kena. Sedangkan ana, adalah antara DUA orang siswa/siswi yang paling jauh dari kampus.

Tapi, time ana bersalam dengan Dr.Ali, dia genggam tangan ana kemudian antum tau apa dia cakap? Dia kata, lisan ana lisan arab, dia do'akan ana cemerlang sentiasa. Wehh... Gembiranya ana.. Seorang maulana mendoakan ana kecemerlangan. Hilang juga kesedihan ana... La tahzan..

Sebenarnya, ana time sekolah, fasih juga cakap arab. Tapi, selepas bekerja, terasa kefasihan ana semakin surut. Ana kan bertugas di sekolah-sekolah menengah, manalah ana ada peluang ber'muhadathah' dengan mana-mana Qaul-Qaul arab ni. Interaksi ana hanyalah dengan al-Qur'an dan kitab-kitab. Wal-Hasil, ana pun cukup kaku bila ber'muhadathah' dengan orang arab time ini.

Tapi, ana bertuah sebab sekarang ana berpeluang belajar arab mustawal-a'la semula. Cuma, yang ana sedikit hampa, masa untuk belajar lughah, hanya terhad 2 jam 1 minggu. Aduhai, ana harap Allah Subhanahu wata'ala bukakan ana peluang mendalami lughatul-Jannah ini sampai ana benar-benar mahir.. amin!

Hari ini ana meneruskan lagilah aktiviti Ramadhan ana, iaitu minal-masjid ilal-masjid, ana dengan adik beradik ana. Tapi hari ini masjid pilihan kami ialah, masjid kampung Lumut. Ehehe (kampung sendiri), bukan apa hajat mau tarawih di Masjid Sg. Liang, tapi tempat parking kereta penuh, so nahnu pun buat keputusan solat kampung sendiri saja untuk malam ini.


Ahad, 7 September 2008

Islam agama Ilmu.

Membaca adalah asas dalam percambahan ilmu, sebagaimana isyarat yang telah ditunjukkan oleh Allah Rabbal-'Alamiin. Sebelum perintah ibadat yang lain disyari'atkan lagi. Firman-Nya :

"Bacalah dengan nama (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan Qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".


Petunjuk ini membawa maksud bahawa Islam adalah agama ilmu. Islam juga merupakan agama penyelidikan dan kajian. Serta agama penulisan. Kegiatan ilmiah sahajalah yang dapat membawa manusia melangkah dari setapak ke setapak yang lebih baik dan menghampiri Hidayat Allah Ta'ala.

Namun, syarat terpenting bagi ketepatan matlamat penggiatan ilmu ini supaya sampai kepada hakikat yang dikehendaki Allah Subhanahu wata'ala hendaklah tidak boleh lepas atau tersasar dari SATU MATLAMAT utama, iaitu bertujuan untuk MENCARI REDHA ILAHI dengan menggunakan INSTRUMEN yang disediakan Allah Ta'ala jua (al-Qur'an dan as-Sunnah).

Oleh itu, jika anda sedia untuk hidup dengan operasional yang betul, anda hanya perlu merujukkan akli, rohani dan jasmani anda kepada premis yang TEPAT. Kajilah Islam, nescaya anda akan dapati KEBENARANNYA.

Tetapi jika anda ingkar mematuhi "manual" dari Allah Ta'ala dalam melaksanakan modus operandi anda, bersedialah untuk "MALFUNCTION".

Pilihan di tangan anda, Islam bukan agama paksaan, tapi jangan kebenaran Islam, cuba ditutup-tutupi, kerana ummatnya yang tahu manisnya Islam, tidak rela dan tidak redha kebenaran Islam disongsang terbalikkan.

Kerana itulah, ana berseru kepada setiap Muslim, berilmulah, pelajarilah ilmu, dahulukanlah ilmu Agama Islam, lalu digabungkan dengan ilmu duniawi. maka, berilmulah wahai saudaraku.

Mubadi blog ana


Hari ini 7 September 2008 bersamaan 6 Ramadhan 1429 Hijrah, ana memulakan blog ana ini. Harapan ana, dapatlah ana tambahkan pahala dengan info ilmiah yang nahnu kongsikan demi melahirkan generasi barisan 'Ulama yang nahnu impikan sebagai benteng terhadap hambatan gejala dunia yang cukup rosak. Ini perlu nahnu lihat pada barisan angkatan 'Ulama Radhiallahu'anhum yang terdahulu. Hum memang menunaikan amanah "'Ulamak warathatul-'Anbiyya", jadi sekarang dah sampai giliran nahnu yang memikul amanah itu. Walaupun angkatan 'Ulama terdahulu memang tiada tolok bandingnya, bagi ana, nahnu tidak perlu merasa rendah diri tetapi perlu mengekalkan sifat merendah diri (tawadhu') dalam kehidupan nahnu, kerana nahnu akan beraksi mengikut lipatan zaman ini, Insya'Allah, Nuhawilu liQadril-Imkan!!!

Sabtu, 6 September 2008



Ramadhan Karim

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركانه



Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, kerana memanjangkan umur ana dan umur antum semua. Dan atas nikmat ini juga, nahnu berupaya menjalankan ibadat puasa lagi untuk kesekian kalinya. Ana doakan semoga ibadah puasa nahnu diterima Allah subhanahu Wata'ala. Bukan setakat berlapar dan berdahaga sahaja.