Isnin, 8 September 2008

Alam bukan untuk di monopoli tapi untuk dikongsi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Alam

Pernahkah awda meluangkan masa sejenak untuk meneliti alangkah indahnya dunia ini? Pernahkan awda memikirkan apakah rahsia yang terkandung disebalik kewujudannya? Apakah ada lagi alam lain selain alam yang dapat kita lihat dan kesan dengan pancaindera kita? Adakah dunia yang kita saksikan hari ini sama dengan keadaannya 10,000 tahun yang lalu atau berubah- ubahkah ia? Dan adakah dunia ini sentiasa mengalami perubahan dari masa ke masa? Jika ya, apakah pula perubahan keadaannya nanti pada ratusan ribu tahun mendatang? Bagaimanakah pula perubahan yang akan di alaminya nanti?


Dan adakah dunia ini mempunyai titik permulaan kewujudannya? Dan bagaimana pula dipenghujungnya nanti, adakah ianya akan berakhir? Siapakah yang berkuasa dan berkemampuan melakukan tugas mencipta, mengatur, mengurus, memperindahkan, melakukan perubahan demi perubahan dan akhirnya memusnahkannya nanti? Semua soalan- soalan ini masih menjadi rahsia dan menjadi persoalan- persoalaan yang mempunyai jawapan yang bersifat relatif semata- mata bagi ahli- ahli intelektual yang hanya meletakkan “kayu ukur”nya berdasarkan kemampuan akal, indera, alat- alat ciptaan yang konon- kononnya canggih itu sahaja.

Tetapi berbeza pula dengan ahli intelektual, malah orang- orang awam yang beragama Islam. Semua jawapan- jawapan kepada soalan- soalan tersebut telahpun disediakan. Dan jawapan- jawapannya pula, bersifat i’jaz (tidak lg perlu dipertikaikan dan dipersoalkan ketepatannya) serta bersifat Qati’ie. Kenapa?

Kerana menurut saya, dalam kita mencari jawapan tentang persoalan- persoalan, masalah, pertanyaan, panduan, fungsi, pengendalian, kegunaan, faedah, mudharat yang boleh berlaku, peraturan yang mesti dipatuhi dan banyak lagi persoalaan terhadap alam yang berbentuk ciptaan ini, tiada siapa dapat menjawabnya, kecuali kembali kepada PENCIPTA produk alam itu sendiri. Dan perlu kita ketahui alam ini made by who?

Jadi, tidak hairanlah jika sekiranya, kita perhatikan kenapa kebanyakan penganut agama Islam, seolah- olah tidak berminat melakukan usaha kajian dan penyelidikan terhadap jawapan terbaik terhadap soalan- soalan berkenaan dengan alam ini, berbanding dengan penganut agama lain yang lebih ghairah, dan lebih- lebih lagi golongan yang tiada agama. Kerana jawapannya telah lama ada dalam Islam.

Ianya telah pun disampaikan dari seorang ‘jurucakap’ khas yang dilantik oleh Pencipta alam ini kepada manusia kira- kira 1400 tahun yang lalu. Berupa pernyataan- pernyataan yang digarap dengan mengutamakan kepentingan “keupayaan kefahaman manusia” sebagai ciri utamanya. Atas sebab keupayaan akal manusia tidak berbentuk infinite ablitiy, tetapi hanyalah keupayaan yang terhad.

Jadi menurut Islam, komitmen antara manusia dengan alam hanyalah dengan menjadikan alam sebagai “kegunaan” manusia dan sebagai pelaburan bagi genarasi manusia akan datang. Usaha murni yang dibuat, sekadar mencari kesempatan atau peluang untuk berbudi pada alam ini sahaja untuk kepentingan manusia jua. Atau dalam erti kata lain, alam menurut Islam adalah ‘Mazra’ (kebun). Kebun untuk bercucuk tanam, berupa amalan- amalan yang mana hasilnya akan dituai di akhirat nanti.

Firman Allah di dalam surah al- Jum’at : 10 bermaksud
“Maka apabila telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu bertebaran di muka bumi ini dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak- banyaknya, mudahan kamu beroleh kemenangan.”

Jadi menurut saya, adalah malang dan ketinggalan bagi golongan yang berusaha mencari jawapan hakikat alam, dengan mengenepikan daripada merujuk kepada “manual book for the creations” (iaitu al-Qur’an al-Karim) yang telah diturunkan oleh The Creator sebagai manual (of how to understand, to deal with the creations and how to interact with the Creator). Sebab itulah, berlakunya kesalahfahaman dan kegagalan teori yang dikeluarkan oleh golongan- golongan tersebut. Terdapat fahaman yang mengatakan alam ini terbentuk daripada gen yang kecil seperi atom ( fahaman atomisme ). Begitu juga fahaman salah yang mengatakan alam terbentuk secara evolusi. Alam terbentuk secara natural dan sebagainya.

Tetapi sejak perisitwa penemuan Professor Hubble terhadap peristiwa big bang, barulah ahli intelek anti-Islam belajar menerima hakikat alam menurut premis Islam. Tetapi itupun khusus kepada satu persoalan sahaja. Iaitu persoalan tentang permulaan dan pengakhiran alam sahaja. Sedangkan teori mereka yang lain, masih liar dan jauh dari hakikat yang telah dicanang oleh Islam beribu tahun yang lampau.

Inilah kesilapan mereka yang berkesudahab dengan lebih banyak lagi kesilapan teori- teori yang lain semakin berleluasa. Dan akhirnya, tindakan mereka menjadi tidak terpandu. Pemerkosaan terhadap alam dilakukan sewenang- wenangnya. Dan mengikut lojik fizik pun, apabila manual sudah tidak dipatuhi, kesannya boleh mengakibatkan berlakunya system error dan malfunctioning.

Pelajarilah ilmu Alam dengan cara Islam. Pelajarilah ilmu Ekonomi dengan cara Islam. Pelajarilah ilmu Sains dengan cara Islam. Kerana Islam adalah induk, kepada ilmu- ilmu yang lain. Kendalikanlah alam ini menurut garispandu Islam.

Tiada ulasan: