Selasa, 9 September 2008

إن مع العسر يسرا


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Puasa hari ke-8, ana sedikit letih, al-maklumlah semalam ana akhir tido, Khalastu bit-tarawih, ana terus buat kerja sikit. Wlw apa pun, pengajian mesti diteruskan. Btw, hari ini ana selamat berbincang dengan unit kerohanian, tentang jadual ana meng'imam' tarawih, supaya ditukar pada hari rabu 17 september (malam nuzul-al-Qur'an) sebab besoknya cuti,. Senanglah ana balik kampung ayah bonda di tutong lepas tarawih nanti, Insyallah. Kerana jika esok hari kuliah, ana pasti akan terus balik lumut.

Al-maklumlah, rumah ana dilumut ni kan jauh. Memang ada sedikit problem, untuk ana datang malam yang besoknya ada kuliah. Takut, ana tidak cukup tidor untuk perkuliahan besoknya. sebab itu ana, gembira bila tahu, yang ana kena appoint meng'imam' dikawasan K.B. Memang tidak menjadi masalah, ana sedia berkhidmat. Ehehe..

Thaib, khalas dengan masalah, btw, just to share dengan antum. Ana hari ini, tidak kena reject oleh Dr. Ali lagi. Alhamdulillah.. Apa yang menaikkan motivasi ana, barulah ana faham, kenapa ana dah 2x kena reject. Tapi sebab-sebanya, tidak payahlah ana kongsi disini, dikhuatiri menjadi riya' . wal-ya'uzubillah.


Apa yang penting, ana gembira ana bertemu dengan semua barisan pensyarah ana dari awal lagi. Semuanya memang 'ulamak wirathatul-'anbiyya'. Ini yang membuatkan ana semakin bersemangat hendak mengikut jejak langkah mereka.. Amin ya Allah Amin.. Syukran ayuhal-asatizah.


Tiada ulasan: