Isnin, 8 September 2008

Hari ke 7 puasa di Brunei


Assalamu'alaikum. Pagi : sahur jam 4.00, terus menyiapkan wajibul-manzili. Macam biasa ana tidak tidor sampai lah ana bertolak ke Kolej Universiti. Kadang-kadang ana terasa letih, maklumlah, memandu lebih daripada 80 km bertolak + 80 km balik = 160 km setiap hari. Semangat bekobar-kobar untuk menuntut ilmu, tapi fizikal ana yang terasa sakit-sakit. Hari-hari lah ana amalkan panadol extend untuk relief sakit muscle and joint.

Tapi ana frust sikit hari ini, pasal ana ada temujanji dengan B-mobile Belait Branch, tapi ana terpaksa cancel, sebab ana cuba-cuba queue untuk tasmik ma'a Dr. Ali. Ana pun tunggulah hampir 2 jam, tau-tau ana kena reject. Ini dah 2x ana kena reject. Adui, sabar sajalah. Lagipun, Dr. Ali ada mentioned yang dia mahu ana memberi kesempatan Zumala'i didulukan. Adapun sebab-sebabnya ana sendiri tidak tahu. Cuma apa yang ana hairan bin ajaib, kes ini hanya ana sahaja yang kena. Sedangkan ana, adalah antara DUA orang siswa/siswi yang paling jauh dari kampus.

Tapi, time ana bersalam dengan Dr.Ali, dia genggam tangan ana kemudian antum tau apa dia cakap? Dia kata, lisan ana lisan arab, dia do'akan ana cemerlang sentiasa. Wehh... Gembiranya ana.. Seorang maulana mendoakan ana kecemerlangan. Hilang juga kesedihan ana... La tahzan..

Sebenarnya, ana time sekolah, fasih juga cakap arab. Tapi, selepas bekerja, terasa kefasihan ana semakin surut. Ana kan bertugas di sekolah-sekolah menengah, manalah ana ada peluang ber'muhadathah' dengan mana-mana Qaul-Qaul arab ni. Interaksi ana hanyalah dengan al-Qur'an dan kitab-kitab. Wal-Hasil, ana pun cukup kaku bila ber'muhadathah' dengan orang arab time ini.

Tapi, ana bertuah sebab sekarang ana berpeluang belajar arab mustawal-a'la semula. Cuma, yang ana sedikit hampa, masa untuk belajar lughah, hanya terhad 2 jam 1 minggu. Aduhai, ana harap Allah Subhanahu wata'ala bukakan ana peluang mendalami lughatul-Jannah ini sampai ana benar-benar mahir.. amin!

Hari ini ana meneruskan lagilah aktiviti Ramadhan ana, iaitu minal-masjid ilal-masjid, ana dengan adik beradik ana. Tapi hari ini masjid pilihan kami ialah, masjid kampung Lumut. Ehehe (kampung sendiri), bukan apa hajat mau tarawih di Masjid Sg. Liang, tapi tempat parking kereta penuh, so nahnu pun buat keputusan solat kampung sendiri saja untuk malam ini.


Tiada ulasan: