Jumaat, 12 September 2008



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum. Hari ini, kereta ana bermasalah. Bateri flat (subaru), enjin tidak dapat start (picanto) & vaulting aircond putus (soluna). Masha allah, ujian Allah kepada hambanya. Tapi alhamdulillah, pagi tadi, ana dan akhi berjaya selesaikan. Cuma, picanto sj yang ana, tidak tahu apa masalahnya. InsyaAllah besok ana selesaikanlah.

Hari ni, posa ke10. Alhamdulillah, dipanjangkan Allah umuruna. walau bagaimanapun, ghairahnya nahnu, mencari keredhaan Allah Ta'ala melalui حبل من الله ini, tapi nahnu jangan lupa terhadap zakat fitrah dan memperbanyakkan sedekah serta silatur-rahim antara kerabat nahnu حبل من الناس .

Bagi akhi-akhi yang jauh diperantauan negeri orang samada yang belajar atau bekerja, jangan lupa hubungilah usratukum pada bulan puasa ni. Janganlah sampai menunggu hari raya, baru nahnu hendak kontek hum. Masa nilah nahnu digalakkan menggembirakan hati hum, especially ayahnda dan bonda nahnu.

Bagi zumala'i yang sudah tazawwaj tu, kesibukan dengan isteri/suami dan anak-anak, harap-haraplah tidak menjadi jurang kepada mahabbah antum dengan ayah dan bonda antum. Kadang-kadang ini satu tabi'at nahnu, bila ada komitmen lain, tinggallah ayah dan bonda dari senarai "komitmen harian" nahnu. Habis-habis pun, ayah dan bonda, menjadi "komitmen mingguan atau bulanan".

Ana ni bukan apa, ana kasihan bila ana tengok segelintir sahibi yang selepas berumahtangga, mulalah terabai kan orang tua yang selama ini menjadi tempat hum bergantung. Tapi setelah berjaya membangun usrah sendiri, terkeluarlah ayah dan bonda dari senarai orang yang hum nafkahi.

Jika, ada antara akh-akhi yang "terbuat" perangai ini, eloknyalah sempena bulan Ramadan Karim ini, antum mulakan semula menjalin mahabbah dengan ayah dan bonda antum dan senaraikanlah mereka menjadi tanggungan yang antum nafkahi untuk sepanjang hayat mereka.

Tiada ulasan: