Jumaat, 21 Mei 2010

Agama Islam Sahaja.


Apakah agama yang diterima Allah?

Islam, adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah. Walaupun banyak agama yang ada di dunia ini, Allah hanya mengiktiraf dan menerima Islam.

Walaupun, bagi penganut agama-agama lain, mereka meyakini (mengklaim) bahawa agama merekalah yang 'betul'. Tetapi itu hanya pendirian mereka yang rapuh dan tiada asas (asas mereka hanya diwarisi melalui pengajaran tradisi warisan mereka). Sedangkan pendirian Allah adalah jelas, iaitu hanya Islam agama yang sah.


Kenapa Allah Ta'ala hanya menerima 'Islam' sahaja sebagai agama yang sah bagi manusia ?

Jawapannya, kerana Islam adalah agama yang murni / bersih / asli diturunkan dari Allah untuk manusia.

Sedangkan agama-agama lain, ada agama yang dicipta oleh manusia sendiri. Dan ada pula agama yang berasal dari Allah tetapi diubahsuai oleh penganutnya kemudian.


Bagaimana mengesan ciri-ciri agama yang bukan dari Allah ?

Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh diperhatikan dalam menilai agama yang bukan dari Allah, antaranya :

  • Ciri 1 : Tuhan mereka bukan Allah.
Contoh : Agama-agama yang menjadikan tuhan mereka terdiri daripada 'berhala2', patung2, simbol-simbol, gambar-gambar tuhan dan sebagainya. Maka, patung, gambar tuhan-tuhan atau simbol-simbol inilah yang menjadi sembahan, pujaan dan pujian mereka (tempat mereka meminta, berdoa dan memohon).
  • Ciri 2 : Ajaran agama mereka bertentangan dengan fitrah manusia (keterlaluan tidak memenuhi fitrah manusia).
Contoh : Agama-agama yang mengajar agar penganutnya tidak kahwin, tidak makan hingga kurus kering, tidak perlu mencari harta, memuja-muji tokoh-tokoh agama sebagai orang suci dan sebagainya.
  • Ciri 3 : Ajaran agamanya 'ganjil'.
Contoh : Agama yang mengajar penganutnya untuk memberi makan tuhan dengan hidangan makanan.
  • Ciri 4 : Ajaran agamanya keterlaluan mengangkat darjat makhluk (seperti manusia, batu, binatang, nenek moyang dan sebagainya) sebagai tuhan.
Contoh : Agama yang menjadikan manusia seperti nabi sebagai tuhan, atau jin, roh-roh datuk nenek menjadi tuhan atau tuhan separuh-separuh.
  • Ciri 5 : Ajaran agamanya menyamakan/menyerupakan tuhan dengan makhluk.
Contoh : Tuhan boleh beranak, atau diperanakkan, tuhan perlu cuti dan sebagainya
  • Ciri 6 : Ajaran agamanya 'khusus' untuk bangsa/puak/keturunan tertentu.
Contoh : Agama Yahudi khas untuk bani Israel ataupun sesiapa yang berdarah campuran bani Israel.



Selain daripada ciri-ciri di atas, ada banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dikenalpasti. Namun secara umumnya, agama-agama selain Islam adalah berbeza dengan Islam dari segi 'sumber' ajarannya, iaitu :

Sumber ajaran Islam secara tegas dan mutlak hanya semata-mata bersumber dari Allah (samada melalui al-Qur'an ataupun as-Sunnah). Bukan idea, ubahsuai, citarasa penganutnya atau ahli agamanya sebagaimana agama-agama lain.

Apakah pula ciri-ciri utama agama Islam itu ?
Secara jelasnya, antara karektor agama Islam yang membuktikan ia sah sebagai agama yang di redhai Allah ada banyak, namun antaranya ialah :
  • Mempercayai kewujudan Allah. MenyembahNya, MemujiNya, MemujaNya, Meminta padaNya, Memohon padaNya, Mengadu padaNya, Berharap diterimaNya, Takut ditolak olehNya, MerinduiNya, Sentiasa MeningatiNya, Mengharap Maklumbalas dariNya.
  • Melaksanakan dan mengerjakan suruhan dan menghindari larangan, hanya 'kerana' dan 'untuk' Allah.
  • Islam adalah agama untuk semua makhluk, termasuklah Manusia, Jin, semua bangsa samada Melayu, Arab, Israel, Cina, India, dan sebagainya.
  • Islam menepati fitrah manusia. Di sunnahkan kahwin, di anjurkan bekerja kuat, mengasihani yang lemah, menghormati yang tua, mencari harta untuk digunakan ke jalan manfa'at bukan untuk disimpan-simpan tanpa guna, diperintah makan makanan yang baik, dilarang makan makanan/minuman dan apa-apa saja yang memudharatkan, bila berdosa pohon ampun pada yang empunya hak, jika dosa pada Allah taubatnya pada Allah, dosa pada manusia taubatnya pada manusia itu, menganjurkan belajar dan mengajar (ilmu adalah penting), menjaga hak diri sendiri, hak keluarga, hak orang lain, hak sesama Muslim, menjaga hak orang bukan Islam, memelihara kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan alam (bumi, manusia, binatang2 dan lain-lain), jangan ambil nikmat-nikmat berlebih-lebihan kerana ada orang lain atau makhluk lain yang juga memerlukan dan sebagainya.
  • Islam tidak membezakan bangsa/puak/warna kulit/rupa/keturunan/kekayaan antara manusia. Apa yang dirujuk bukan sebagai 'pembeza' darjat manusia bukanlah semua perkara itu, tetapi dirujuk melalui Taqwa manusia. Taqwalah yang membezakan darjat manusia di sisi Allah.
  • Islam adalah mudah tetapi tidak boleh dimudah-mudahkan.
  • Islam tidak menyusahkan, tetapi akan terasa susah pula bagi manusia yang mengikuti dan cenderung memehuhi dorongan hawa nafsunya.
  • Islam sesuai diikuti selama-lamanya dan sesuai untuk siapa sahaja.


Kesimpulannya :

Agama Islam adalah 'satu' cara dan panduan yang ditetapkan oleh Allah untuk semua. Kepercayaannya bersih dari bertuhankan tuhan-tuhan lain kecuali Allah. Inilah Islam dari zaman sebelum Adam 'alaihissalam diciptakan lagi sehingga hari Kiamat nanti. Islam sedari awal lagi adalah sama dan tiada berubah. Cuma, terdapat beberapa modifikasi yang dilakukan oleh Allah (bukan oleh manusia) di dalam ajaran-ajaran Islam kerana menyesuaikannya mengikut peredaran zaman.

Sebagai jalan kefahaman, kesemua para Nabi dan Rasul mengajarkan manusia dengan 'satu' agama sahaja iaitu Islam. Cuma, cara-cara agama itu dilaksanakan / dipraktikkan sahaja yang diubahsuai oleh Allah mengikut peredaran masa (praktik Islam zaman Nabi Adam tidak disamakan seratus peratus dengan praktik Islam di zaman Isa 'alaihissalam, begitu juga praktik Islam di zaman Isa 'alaihissalam juga telah diubahsuai perlaksanaannya oleh Allah untuk umat zaman Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam). Dan cara perlaksanaan Islam yang terkini dan terakhir adalah Islam versi Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam. Kerana Islam versi Isa 'alaihissalam, versi Musa 'alaihissalam dan lain-lain nabi terdahulu hanya sesuai mengikut umat zaman mereka.

Ini bererti, agama Islam yang diklaim oleh penganut versi Isa 'alaihissalam zaman ini yang disebut sebagai Kristian zaman Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam dan versi-versi lain selain versi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam sudah mansuh dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Hanya praktik Islam versi Muhammad sahaja yang diterima Allah pada masa ini hingga Kiamat nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....