Khamis, 20 November 2008

Bahasa Arab Asas.


PELAJARAN BAHASA ARAB ASAS (MUHADATHAH)

Dalam mempelajari bahasa Arab, perkara paling asas yang perlu kita ketahui ialah :

1. Kata Kerja (Fi'il)
2. Kata Nama (Isim)

Kata kerja ialah setiap perbuatan. Seperti jalan, makan, lihat, masuk, keluar, angkat, ambil, dll.

Kata nama pula ialah segala nama am dan nama khas. Seperti rumah, kereta, negeri, (nama am). Muhammad, Mekah, (nama khas).


Uniknya, bahasa Arab ini, pada kata nama dan kata kerja, kedua-duanya mempunyai 'jantina'. Maknanya, bahasa Arab lebih mengkhususkan sebarang kata nama atau kata kerja kepada subjek (samada lelaki atau perempuan).

Contoh di dalam bahasa Arab :

1. Kata Kerja :
  • kharaja : dia(lelaki) telah keluar
  • kharajat : dia (perempuan) telah keluar
  • dakhala : dia (lelaki) telah masuk
  • dakhalat : dia (perempuan telah masuk.
Contoh dalam ayat :

Kharaja Muhammad minal- Bait.
Maknanya :
Telah keluar Muhammad dari rumah.


Kharajat Fatimah minal- Bait.
Maknanya :
Telah keluar Fatimah dari rumah.

Penerangan : huruf 'ta' yang di tambah pada perkataan kharaja menjadi kharajat adalah tanda bahawa 'yang' keluar itu adalah perempuan.

Perkataan "kharaja" adalah kata kerja atau fi'il (lelaki), perkataan "Muhammad" pula adalah kata nama atau isim (lelaki).

Perkataan "kharajat" adalah kata kerja atau fi'il (perempuan), perkataan "Fatimah" pula adalah kata nama atau isim (perempuan).

contoh :

  • Qara'a Muhammad al-Qur'an.
maknanya : telah membaca Muhammad akan al-Qur'an.

  • Qara'at Fatimah al-Qur'an
maknanya : telah membaca Fatimah akan al-Qur'an.

Baiklah, disini ada beberapa ayat yang lazim kita gunakan seharian :

  • Siapa nama awak ?
Jika awak bertanya kepada lelaki : Masmuka?
Jika pertanyaan kepada perempuan : Masmuki?

  • Nama saya Syafiq.
Arabnya : Ismii Syafiq.
Atau : Ismii Siti.

  • Berapa umur awak?
Kam 'umruka? (lelaki)
Kam 'umruki? (perempuan)

  • Umur saya dua puluh tahun.
'Umurii 'ishruna sanah.

  • Awak pergi kemana?
ila aina anta?

  • Adakah awak telah (past tense) pergi ke sana?
Hal tazhaba hunak?


Kemudian di bawah ini beberapa perkataan ringkas yang perlu diketahui.
  • Ya : Na'am
  • Tidak : laa.
  • Apa? : maa?
  • Kenapa : Limaza?
  • Berapa : Kam?
  • Bila : mataa?
  • Adakah : Hal?
  • Di mana : aina?
  • Tidak mengapa : La Ba's
  • Ini penting : haza Muhim.
  • Itu penting : zalika Muhim.
  • Sekali lagi : marratan ukhra.
  • lainkali : fii waqtil akhar.
  • hari ini : fi hazal yaum.
  • esok : ghadan
  • Seperti ini : kazalik atau mislu zalik.
  • dan seterusnya : wakaza wakaza.
Ini adalah antara frasa (phrases) yang dikira penting untuk kita ingat sebagai beginner lah.

2 ulasan:

ISTORIE berkata...

Assalam muailaikum,

interesting topic you have in your blog.Dah sedikit sebanyak dapat juga mempelajari bahasa arab : )

adnan berkata...

the nice one, ustaz. Ana tunggu posting pelajaran bahasa arab berikutnya. jaz.khair.