Khamis, 28 Mei 2009

Masyarakat terdidik bermula dari asas kekeluargaan terdidik

KERUNTUHAN rumah tangga boleh berlaku kepada semua pasangan berkeluarga. Ia tidak terbatas kepada kalangan orang yang tidak mempunyai didikan agama malah mereka yang mendapat pendidikan agama juga sering kali terjerat dalam polemik keruntuhan rumah tangga.

Ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap rumah tangga islam :

1.keluarga yang sentiasa mencari keredaan Allah s.w.t.

2.keluarga yang berasaskan kepada al-quran dan sunnah , memelihara dan menjauhi perkara-perkara yang haram dan subahat serta menegakkan dan menggalakan kepada perkara-perkara yang wajib dan sunat.

3.pentadbiran keluarga yang bijak yang menghargai memuliakan dan memandang tinggi setiap ahli dalam keluarga

4.keluarga yang sentiasa menjadikan dakwah serta nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan kebajikan sebagai tumpuan.

5.Keluarga yang pada kebanyakkan masa tenang, damai, riang dan gembira.

Rabu, 27 Mei 2009


Berita ini dipetik dari sebuah akhbar antarabangsa.

Seorang mahasiswa, Syafieq al-Lutfi baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester 4 beliau yang berlangsung bermula 11-24 Mei 2009 yang lalu. Sepanjang sessi peperiksaan, beliau tidak mengalami sbarang ksulitan, kecuali pada hari terakhir peperiksaan berjalan iaitu bagi kertas sosiologi Pendidikan, beliau telah diserang demam panas, mual-mual dan sakit-sakit badan.

Menurut siasatan, beliau didapati telah tersalah makan. Namun atas sebab kekerasan kepala beliau, beliau meneruskan juga menduduki peperiksaan hingga selesai. Apa yang mengejutkan dunia, sejurus selepas menduduki pepeiksaan suhu badan beliau dikatakan meningkat tinggi, namun beliau sempat lagi menikmati juadah buffet di Aneka Rasa restaurant setelah dipelawa dan dibelanja oleh sahabat baik beliau al-'Allama Syeikh al-Hajj 'Aidil- Sufian as-Kandangi.

Oleh - Akhbar al-Barid.



Assalamu'alaikum akhi dan ukhti.

Adui.. sangal pinggang eh... Lama banar duduk membaca/ulangkaji dan exam... Awal dah buat preperation, selebihnya serah pada Allah yang maha Kuasa.


Secara general, terdapat jua paper exam yang banar-banar tough. Meaning, kategori paper yang mengandungi soalan-soalan yang memerlukan jawapan Qat'ie tp kami alum cover topic.

Namun, kami cuba jawab jualah...

O.k, adangtah pasal exam... Mana-mana result yang diperolehi, kami tetap bersyukur, iatah udah pemberian Allah tu namanya. Apa yang penting, masing-masing udah tau usaha sendiri kan??

Bukan apa, perkara paling menyeronokkan, bila usaha labih, result pun labih. Tapi perkara paling menguji bila usaha labih, tapi result kantoi... ehehe.. Tapi paling memalukan bila usaha sikit (halal haram nda diperatikan..) tau-tau result labih.... ahahaha...

Allah, selamatkanlah negaraku!!! Amin!! Tapi, kalau pun takdirMu (iradat dan imu yang Allah sahaja tahu sebabnya) mengatasi doa hambaMu ini, maka hamba redha seredhanya...

Kerana hambaMu faham, dunia sudah berada di akhir zaman.. Juhala jua yang bakal bermaharajalela...

Eyh, masih jua pasal result... adui Syafiq...

K.lah btw, kepada akhi-ukhti semua, ana ucapkan selamat bercuti semester.. mari sama-sama isi peluang cuti ani dengan ibadah, ilmu dan khairat... InsyAllah.