Ahad, 1 Februari 2009


KENAPA BUDAYA ILMU ILMUAN ISLAM YANG ADA SEKARANG KURANG BERKESAN ?

Di zaman keunggulan tamadun Islam lampau, Umat Islam telah dikesan mengamalkan budaya ilmu yang agak tinggi. Pengamalan budaya ini merujuk kepada beberapa faktor, sebagaimana di dalam jurnal bertajuk :
Memperkasakan Budaya Berfikir Islam:Suatu Analisis, oleh Drs.Rahimin Affandi, Afkar Jurnal Akidah & Pemikiran Islam,Jabatan Akidah & Pemikiran Islam Apium,2002
  • Tindakan menjadikan pencarian ilmu sebagai usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta hingga ianya dianggap sebagai matlamat hidup yang utama.
  • Usaha didalam sesuatu tindakan yang diputuskan dengan perkiraan ilmu tanpa campurtangan dari golongan yang mempunyai kepentingan politik.Keadaan ini menyebabkan ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana – mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.
  • Bersikap terbuka terhadap semua jenis ilmu tanpa mengira asal usul dan jenisnya
  • Analisis kritikal yang dilakukan terhadap ilmu tanpa adanya sifat fanatik kepada seseorang guru.Sikap ini jelas dengan terhasilnya kegiatan dialog intelektual yang diiringi dengan penyelidikan yang begitu giat dijalankan sehingga melahirkan sejumlah besar karya – karya sintesis yang bermutu.
POLA DAN BUDAYA BERFIKIR ISLAM YANG SIHAT

Oleh kerana isu ini melihat anjuran berfikir dari sudut al-sunnah melalui hadith – hadithnya yang berbentuk perbandingan dan perumpamaan.Perlu juga dijelaskan disini pola dan budaya berfikir yang sihat menurut sunnah yang telah digarap dan digali oleh ulama – ulama silam dan terkemudian.

Atas dasar ini kita melihat kurikulum pendidikan Islam silam merangkumi:

  • Kaedah hafalan bagi latihan menghidupkankan potensi akal untuk merakam dan mengingat sesuatu fakta denga tepat dan betul.
  • Kaedah mantik yang mengajarkan tentang asas dan pendekatan yang betul untuk menilai kebenaran dan kesalahan fakta yang diperolehi.
  • Kaedah melatih proses kognitif dan penganalisaan kritikal terhadap sesuatu fakta membabitkan perbincangan secara terbuka, menekankan hujah naqli dan aqli dan kesesuaian hujah dengan realiti yang ada.
  • Kaedah sintesis yang mengadunkan sesuatu karya dan pendapat berasakan kepada hasil perbincangan dengan pelbagai pihak yang benar – benar pakar. Ini termasuklah peroses membaiki dan mengemaskinikan mana – mana pendapat yang masih lagi kabur dan tidak matang.
  • Membiasakan berfikir secara autokritik menggantikan kaedah berfikir secara bentuk pembenaran.(Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri,suka berdolak dalih dan mengaitkan sesuatu dengan kelemahan orang lain.)
  • Membiasakan berfikir secara menyeluruh menggantikan berfikir secara sebahagian.
  • Membiasakan berfikir secara refomatif menggantikan berfikir secara jumud dan tradisional.
  • Membiasakan berfikir secara ilmiah menggantikan berfikir secara prasangka dan mengikut hawa nafsu.
  • Membiasakan berfikir secara kolektif menggantikan berfikir secara individualistik.
  • Membiasakan berfikir sesuai dengan hukum alam menggantikan berfikir secara supra rasional dan tahyul.

Inilah 10 cara yang disinggungkan didalam tulisan Dr Rahimin Affandi yang menyentuh tentang budaya berfikir para ilmuan-ilmuan silam.