Ahad, 26 Oktober 2008

أَنْ تَعْبُدَ الله كَأَنـَّـكَ تَرَاه فإِن لَّمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإنَّهُ يَرَاك
Assalamu'alaikum.
Kaif halilkum? Alhamdulillah ana bi khair.
Lama ana tidak post comment dalam blog ana ini, ialahkan ana ada sedikit kesibukan. baru kemarin 24 Syawal 1429h bersamaan 25 Oktober2008, ana selamat kembali ke Brunei. Ana dihantar menjadi delegasi Brunei di Jawa Barat, Indonesia. Projek MABIMS, leadership Training. Wei, letih memang letih, tetapi ana tetap semangat, al-maklumlah ana ni kan masih banyak kekurangan, memang perlu di sumbat dengan banyak latihan, info dan aktiviti pengayaan ketrampilan dan professional dalam bidang yang ana cintai ini.

Ehe, ok disini ana selitkan sedikit ringkasan info berkenaan trainning yang ana lalui. Di bawah ini adalah gambar LIMA orang yang mewakili delegasi Brunei ke sana. Hujung sekali sebelah kanan itulah ana. Sebelum berangkat, ana selalu doa supaya ana dapat banyak pelajaran dalam latihan nanti.


Perwakilan Brunei ke Indonesia, "Leadership Training", sebelum berangkat pd 18 Syawal1429H bersamaan 19Oktober2008.


Ana di dalam pesawat RBA, sedang menunggu makanan dihidangkan... Dasar kuat makan! Ehehe


Penerbangan dari BSB - Jakarta mengambil masa 2 jam, sempat juga ana tidur sebab semalam ana tidur akhir, panjang berborak engan mak ayah.

Sesampai kami di lapangan terbang Jakarta, kami di sambut oleh wakil dari Departmen Agama Indonesia.

Selepas dari sini, kami di bawa menuju hotel Mahakam yang terleak di Jakarta selatan.


Ni gambar ketika baru sampai di hotel tempat kami menginap, hotel Mahakam, Jakarta Selatan.
Welcoming refreshment dari pihak hotel
Ketua rombongan, sedang menunggu kunci bilik
Masih di lobi
Ana dengan akhi Shahrul Azmi.

Kami berehat sebentar, mandi dan bertolak ke tanah Abang, sedikit buah tangan untuk ashabi dan usrati di Brunei. Tanah Abang terkenal dengan busana Muslim/Muslimah nya. Kemudian, malamnya kami meneruskan menjenguk-jenguk kota Jakarta. Selesai, kami balik hotel. Mandi, solat, dan tidur.




Hari kedua.

Kami berada di Deprtmen Agama RI, sessi 'Selamat Datang' dan perjumpaan awal dengan delegasi Singapura.



Selesai acara di Departmen Agama RI, sekarang kami dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Ratu.